Wednesday, June 29, 2011

kenangan ;)

sedang aku berjalan ke kelas
aku melihat si dia berjalan bersama kawan
aku terimbas kembali kenangan lalu
telah banyak aku lalui bersama dia
namun segalanya berubah
bermula dengan satu perasaan
membawa kepada satu perasaan
lama kelamaan mengubah segalanya

kini segalanya sudah tercatat
kekal selamanya di dalam memori
aku tidak sempurna
kemungkinan aku untuk lupa adalah tinggi
tetapi buat masa ini
aku ingat segalanya ;)

Monday, June 27, 2011

pelik ;)

tidak pernah aku perasan
rupanya ada orang yang memerhati
setiap pagi aku ke kelas
aku berfikiran kosong
sekarang aku dilanda persoalan
adakah aku terlalu menonjol
adakah aku melakukan kesalahan
adakah aku terlalu bising
aku tidak tahu
aku hanya tahu
aku diperhatikan
pelik tapi benar ;)

Sunday, June 26, 2011

penat ;)

aku asyik menunggu
akhirnya badan tidak dapat menerima lagi
cukup sudah
aku mahukan kebebasan
aku mahukan keseronokan
aku mahukan ketenangan

tetapi
hidup tidak semudah itu
aku hanyalah insan biasa
pelbagai rintangan akan aku hadapi
aku tidak boleh berputus asa
yang aku boleh buat
ialah bertawakal ;)

Friday, June 24, 2011

pemenang ;)

menang atau kalah
sudah menjadi adat
yang paling penting
mesej yang hendak disampaikan

tidak mengapa jozan
anda juga hebat
walaupun tidak menang
anda tetap di hati aku
tahniah sepah
anda memang layak
anda la maharaja lawak ;)

Thursday, June 23, 2011

kemanisan ;)

tidak semua yang kita sangkakan
akan terjadi dengan baik
kadangkali aku telah tertipu
dengan helah-helah si dia
namun aku tidak kisah
mengambil kisah hanya akan
menunjukkan ketidakmatangan aku

setelah berbulan aku sengsara
akhirnya berjaya juga
aku perolehi ketenangan
ketenangan apa?
hanya aku dan aku sahaja yang tau ;)

Tuesday, June 21, 2011

hujan ;)

aku bangun
aku sedar dari mimpi
hanya untuk menyedari
hujan telah pun turun
pelbagai andaian terbayang di fikiran

hati berkata tenang
aku cuba menjadi positif
hanya kerana hujan
aku menjadi bingung
aku menjadi kosong ;)

Sunday, June 19, 2011

kebulur ;)

aku lihat jam tangan
menunjukkan pukul 11.30
perut berbunyi bagaikan dentuman petir
aku cuba menahan
tapi apakan daya
aku hanya manusia biasa

aku ke dapur dengan segera
aku mula memasak
30 minit kemudian
terlerai segala masakan
aku sajikan nasi dan telur dadar
cukup lah untuk si penulis ini ;)

Friday, June 17, 2011

kesabaran ;)

jam menunjukkan pukul 12
aku lihat pada skrin telefon bimbit
mesej kelihatan daripada dia
aku baca dan aku balas
emosi mula bergelora
hati cuba berkata tenang
aku tidak mampu teruskan
aku teruskan menaip
menulis segala perasaan yang ada

aku tidak mahu bergaduh
hanya menunjukkan aku tidak matang
lebih baik aku tenangkan diri
aku sedang menunggu
penantian sememangnya suatu penyeksaan
namun, kerana dia aku sanggup ;)

Thursday, June 16, 2011

penungguan..

aku pandang kanan
aku pandang kiri
aku lihat pelbagai karenah
bingung dengan keanehan mereka

aku lihat jam tangan
waktu 11 malam kelihatan
bas tidak kelihatan lagi
kekasih aku sudah pun resah
aku berkata sabar
usaha aku tidak berjaya

puas menunggu
kelihatan juga bas yang dinantikan
menemani si dia ke sana
aku lihat matanya
jelas kelihatan kesayuan dan kesedihan
aku berkata
tidak mengapa
aku sanggup tunggu
die naik dan akhirnya pergi ;)

Tuesday, June 14, 2011

tekanan ;)

aku sedar dari alam mimpi
tidak ingin kembali ke realiti
tekanan memenuhi diri
aku merasa dugaan
aku cuba untuk menenangkan diri
yang aku dapat hanya serpihan
kenangan yang aku cuba ingat

namun aku sedar
aku perlu tabah
aku perlu tekad
aku perlu berani
aku bertanya pada hati
hati hanya mampu berkata
berusaha la ;)

Sunday, June 12, 2011

kemarahan ;)

hanya tuhan yang tahu
bagaimana hati ini berfungsi
emosi memainkan peranan
tidak dapat dikawal
setiap langkah tanda tahap kematangan
tidak semua yang dapat diungkap..

aku terdiam bisu
kehilangan yang ku rasakan
masa berjalan pantas
apa yang aku fikirkan
menandakan aku masih mentah..

aku sedar aku siapa
tidak salah aku berkata
ini perasaan aku
ini jiwa aku
ini kebebasan aku.. ;)

permulaan ;)

segalanya bermula apabila si penulis sedar
bahasa melayu semakin pudar
langkah baru mula difikirkan
idea melimpah bagai air mengalir
tidak semua dapat dicurahkan
ada yang baik dan ada yang buruk..
ini merupakan titik permulaan
tidak pernah ku sangka
banyak halangan menimpa
hanya tuhan yang tahu
kita hanya mampu mencuba..

usaha ku hanya sedikit
tidak mampu mengubah dunia
tapi
akan ku cuba
terima kasih kerana membaca.. ;)