Monday, September 19, 2011

payah ;)

sebelum jejak kaki ke bilik
aku membaca doa untuk meminta berkat
selesai membaca
aku melangkah masuk
dengan keyakinan yang ada
aku duduk di kerusi
dan melihat meja bertanda nombor 1
perasaan hati bagai nak meletup
namun otak berkata tahan
setelah jam menunjukkan 2.15 petang
bermula peperangan antara aku dan soalan

soalan-soalan seolah menguji aku
satu per satu aku meneliti
dan satu per satu aku menjawab
setelah jam menunjukkan 5.10 petang
aku meletakkan pen
dan mula membaca semula jawapan aku
sedikit pembetulan dilakukan
dan masa menunjukkan tamatnya peperiksaan
kertas aku diambil pemeriksa
dan aku bergegas ke luar
seperti rakan-rakan yang lain
sebelum keluar
hati bermadah kepayahan
namun alhamdulilah
aku mampu menjawab ;)

Friday, September 16, 2011

hari malaysia ;)

kemerdekaan tercatat
lebih 50 tahun yang lalu
hari ini malaysia merupakan negara demokrasi
tidak terlalu lambat untuk aku ucap
selamat hari jadi malaysia
aku bangga menjadi anak malaysia
kerana malaysia tanah air aku
kerana malaysia tempat tumpah darah aku
kerana malaysia wujudnya aku
terima kasih malaysia ;)

Friday, September 9, 2011

peperiksaan akhir ;)

masa sudah suntuk
telah banyak yang aku tinggalkan
aku tahu aku leka
namun
aku menjadikan semuanya inspirasi baru
tidak ada apa-apa yang mampu menghalang aku
dari mencapai kejayaan
ini lah azam aku
ini lah janji aku
ini lah pasrah aku
aku bakal mencipta sejarah
jika segalanya berjalan lancar
insyaallah ;)