Tuesday, November 29, 2011

tentang dia ;)

kenangan bersama antara kau dan dia
aku tidak dapat bayangkan
kerana aku bukan kau
aku juga bukan dia
namun
hidup harus diteruskan
perpisahan antara kau dan dia
tidak bermaksud akan kekal begitu selamanya
mungkin jodoh kau dan dia
bukan ditakdirkan sekarang
tetapi ditakdirkan kemudian

walau bagaimanapun
aku kesal
kesal kerana tidak mampu membantu kau
kawan baik aku
maafkan aku
aku bukan kawan yang baik
aku mendoakan kau
akan berjumpa dengan jodoh kau
satu hari nanti
insyaallah jika diizinkan :)

Friday, November 25, 2011

Semester 4 ;)

Sebelum mulakan kata bicara
Si penulis ingin mengucap kata maaf
kerana tidak menulis dalam blog ini
ketiadaan inspirasi menyukarkan si penulis
namun segala berubah
bermula saat ini

Semester baru telah bermula
Dugaan yang dilimpahkan tidak banyak
berbanding semester terdahulu
Kesyukuran diucapkan terlebih dahulu
Namun
Si penulis berhasrat untuk berubah
menjadi insan yang pandai mengawal perasaan
menjadi insan yang lebih bijaksana
menjadi insan yang lebih baik
lebih diterima masyarakat
Insyaallah ;)