Sunday, July 31, 2011

puasa ;)

hanya sebulan dalam setahun
diwajibkan berpuasa
bagi umat islam
puasa mengajar kita erti kesabaran
juga menjaga kesihatan kita
juga membersihkan kita dari dosa

oleh itu
aku juga tidak terkecuali
daripada berpuasa
kerana aku juga orang islam
semoga berjaya
dan selamat berpuasa ;)

Saturday, July 30, 2011

terima kasih ;)

segalanya telah pun selesai
program yang dirancang berjalan lancar
terima kasih kepada semua yang terlibat
sebarang kesilapan harap dimaafkan
kerana aku juga hanya insan biasa
dan juga terima kasih kepada mereka
kerana menghargai aku
dengan cara mereka yang tersendiri
aku redha dan aku juga berterima kasih
akan tetapi
aku merasa sedih
kerana kau meninggalkan kami
walaupun tidak jauh
tetap terasa pemergian anda
sekiranya ada tersalah bahasa
aku memohon maaf
terima kasih untuk segalanya
kau lah sahabat aku ;)

Sunday, July 24, 2011

khabar angin ;)

dalam perjalanan ke kelas
sedang aku berjalan
mesej masuk ke telefon bimbit
menceritakan satu khabar angin
aku baca satu per satu
pelbagai persoalan timbul
hati berbicara secara deras

namun
aku tahu
semua ini hanyalah propaganda
berpunca dari jiwa yang kacau
jadi maaflah
aku tidak mahu melayan ;)

Thursday, July 21, 2011

dimakan masa ;)

sudah terlalu lama
aku biarkan ruang ini terbiar
maafkan aku
aku tidak sengaja
hati mahu sahaja menaip
tetapi badan tidak mahu
namun segala nya berubah kembali
banyak hendak aku ceritakan
namun terlalu sedikit masa
sedikit sahaja lah aku coretkan
cuti sudah pun bermula
dan cuti hampir nak tamat
banyak perkara telah diselesaikan
segalanya berjalan dengan lancar
setiap hari aku bermadah dengan dia
sayang semakin bertambah
aku risau dapatkah aku bertahan
namun
aku tetap berikan segalanya
hanya untuk dia ;)

Sunday, July 10, 2011

kosong ;)

sudah beberapa hari aku terlepas
pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui
satu per satu aku tempuhi dengan berani
akhirnya mendatangkan kesan positif
aku bersyukur
dan aku menerima keadaan seadanya

di sini aku hanya lah si penulis
yang masih lagi mentah
masih lagi kosong
cuba untuk mencapai impian
dengan apa cara sekali pun
bak kata pepatah kawan aku
"kau tidak akan kemana,
kalau tiada ilmu di dada"
jadi
terima kasih kawan! ;)

Tuesday, July 5, 2011

sakit ;)

aku bangun dari tido
terasa sakit dalam kerongkong
aku cuba mereda kan
tapi tidak berjaya
aku memujuk minda
supaya tidak mempedulikan sakit itu
ketika kelas berlangsung
makin menjadi-jadi
akhirnya aku buat keputusan
untuk pergi ke klinik
terima kasih doktor
dah elok sedikit ;)

Sunday, July 3, 2011

bosan ;)

hari ini aku bangun
terasa kebosanan melanda
melalui hari yang sama seperti hari lain
mengapa aku jadi begini
aku pun tidak tahu
aku sudah pun menjadi seorang pelajar
aku sepatut bersyukur
akan tetapi
aku tetap bosan ;)

Saturday, July 2, 2011

sempurna ;)

banyak khabar
sampai ke telinga aku hari ini
satu per satu masuk ke dalam telinga
hati mula menjadi panas
ayat yang aku dengar
ibarat setajam pisau
aku cuba menenangkan diri
walaupun lambat
aku berjaya juga

aku sedar siapa aku
aku tidak layak
aku hanyalah boneka
aku hanyalah bahan gurauan
tetapi
aku bukan kau yang sempurna itu
sebab aku tahu
aku jauh lagi baik dari kau ;)