Wednesday, August 31, 2011

raya ;)

seperti tahun sebelum ini
raya berjalan seperti biasa
cuma sedikit cepat
tradisi tetap tradisi
hari raya hari yang mulia
tidak perlu berkata banyak
sedikit kuih dan senyuman
mampu mengubah segalanya

walaubagaimanapun
si penulis ingin mengucapkan
selamat hari raya
maaf zahir dan batin
kepada kawan-kawan
jika tersalah bahasa
tersilap kata
aku memohon maaf
aku juga manusia biasa
tidak mampu mengelak
dari melakukan kesilapan
tidak kira kecil atau besar ;)

Sunday, August 21, 2011

kesedaran ;)

hari ini
aku sudah pun tamatkan segala keresahan hati
ini lah masanya aku bermula semula
telah banyak aku harungi
namun hidup ibarat perjalanan
ada bukit dan ada laut
rintangan dan dugaan merata
namun dengan harapan
insyaallah aku akan berjaya ;)

Wednesday, August 10, 2011

sakit ;)

bangun dari tidur
terasa sakit dari kepala ke badan
tidak mengapa
tetap aku bangun
bersiap untuk pergi ke kelas
sampai ke kelas
mendengar pengajar membebel
tidak aku faham satu benda pun
lantas
aku membuat keputusan
untuk pergi ke klinik
ini lebih baik untuk aku
sekarang aku harus berehat
kerana besok bakal menghadapi
hari yang lebih sukar ;)

Sunday, August 7, 2011

hati ;)

tidak aku sangka
begitu dalam perasaan si dia
selama ini aku tidak sedar
akan kehadirannya
maafkan aku
aku tidak sengaja
tentang hal itu
biarlah hati berbicara dahulu
baru dapat aku menjawab

maafkan aku jika kau terasa hati
kerana aku tidak sengaja
memberikan harapan
aku berharap kau sabar
menanti jawapan aku
kerana
ini bakal menjadi sejarah
antara kau dan aku ;)

Wednesday, August 3, 2011

konflik ;)

aku pandang kiri dan kanan
pelbagai ragam manusia kelihatan
bayangan di fikiran bermain
kemudian berlakunya konflik
antara dua insan yang aku kenali

terbayang pula peristiwa
antara aku dan si dia
adakah patut aku bersikap demikian
adakah patut aku masih tidak matang
aku tidak tahu
aku hanya tahu
aku memerlukan ruang
ruang untuk bernafas ;)

Tuesday, August 2, 2011

pagi ;)

sementara menunggu masa berlalu
aku baring di atas katil
terbayang kisah-kisah lama
bergelak ketawa bersama teman sebilik
sungguh mengayat hati
hati pula terasa bagai
hendak pulang ke zaman lepas
namun
semua itu hanyalah ilusi
aku menerima kenyataan
perkara yang lepas hanya mampu diingati

secara tidak sedar
aku tertidur
aku hanya sedar apabila sudah melewati subuh
penyesalan muncul dalam diri ini
namun yang mampu aku lakukan
hanyalah berdoa dan bertawakal
dan berusha sedaya-upaya
dalam melepasi hari-hari akan datang ;)